Tuesday

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya :

S = Soalan J = Jawapan

S : Bagaimana harga seekor lembu ditentukan ?

J : Harga untuk seekor lembu adalah berbeza dan akan ditentukan mengikut beberapa faktor seperti jenis, saiz & berat.

S : Berapa harga harga seekor lembu mengikut timbang hidup untuk sekilogram ?

J : Berkenaan dengan harga , lazimnya tiada harga yang tetap yang diberikan oleh kerana berat serta keadaan lembu lazimnya berubah-ubah. Oleh itu , harga sebenar adalah bergantung kepada berat semasa setiap ekor lembu ketika hendak dijual dan pertimbangan-pertimbangan lain yang berkaitan.

Sebagai panduan , berikut adalah anggaran harga lembu timbang hidup yang kami tawarkan :

RM 6.60 Per Kilogram

Contoh Pengiraaan:

Anggaran berat lazim seekor lembu kami adalah kira-kira 245 kg seekor

245 (Kg) x RM 6.60 = RM 1617.00

PENTING :

Harga seekor lembu yang kami jual adalah berdasarkan jumlah berat lembu ketika keluar dari ladang ("Jumlah Berat x RM 6.60"= Harga Keseluruhan(RM) ") , Kemudian , lembu yang terpilih akan melalui proses pemeriksaan kesihatan & akan dikuarantin di pusat kuarantin sekurang-kurangnya selama 10 hari. Oleh yang demikian , lazimnya, lembu yang dijual akan mengalami sedikit susut pada kiraan berat pada ketika anda menerima lembu tersebut.

Harap Maklum.

Sila lihat keperluan undang-undang untuk proses kuarantin haiwan

S : Adakah anda menyediakan pengangkutan/logistik ?

J : YA ! Tetapi , kami hanya akan menyediakan pengangkutan untuk tempahan lembu tidak kurang dari 5 ekor sahaja . Untuk Tempahan kurang daripada 5 ekor , anda adalah disyorkan untuk menyediakan pengangkutan sendiri.

S : Bagaimana dengan kos pengangkutan pula ?

J : Untuk kos penghantaran , sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

S : Adakah anda membuat penghantaran ke Sabah & Sarawak ?

J :TIDAK ! Setakat ini , kami hanya membuat penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia sahaja.

S : Adakah kami mempunyai lesen perniagaan?

J : YA PASTINYA ! Kami memiliki kelulusan atau lesen dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar . Kami juga memiliki permit import & Export (AP) dari kerajaan kedua-dua buah negara Malaysia dan Thailand .

S : Adakah lembu kami bebas dari penyakit ?

J :TENTUNYA ! Lembu-lembu kami akan dikuarantinkan dalam beberapa tempoh dan diperiksa terlebih dahulu oleh Jabatan Haiwan dan Jabatan-Jabatan yang berkaitan sebelum dipasarkan kepada pembeli @ pengguna.

PENTING :

Harga seekor lembu yang kami jual adalah berdasarkan jumlah berat lembu ketika keluar dari ladang ("Jumlah Berat x RM 6.60"= Harga Keseluruhan(RM) ") , Kemudian , lembu yang terpilih akan melalui proses pemeriksaan kesihatan & akan dikuarantin di pusat kuarantin sekurang-kurangnya selama 10 hari. Oleh yang demikian , lazimnya, lembu yang dijual akan mengalami sedikit susut pada kiraan berat pada ketika anda menerima lembu tersebut.

Harap Maklum.

Sila lihat keperluan undang-undang untuk proses kuarantin haiwan

S : Saya telah menghantar pertanyaan/tempahan menggunakan borang yang disediakan , tetapi tiada maklumbalas @ jawapan yang saya terima selanjutnya.

J : Sila periksa email anda dari semasa ke semasa. Kami akan mengirimkan segala maklumbalas untuk segala pertanyaan anda menerusi email yang anda berikan .

S : Adakah anda mempunyai apa-apa soalan lain dan inginkan penjelasan ?

J : Jika Ada , Kami sentiasa sedia membantu anda. Sila KLIK DISINI untuk mendapatkan bantuan & penjelasan lanjut .

Terima Kasih.

0 comments: